Friday, December 3, 2010

KISAH PETANG KHAMIS - PEMUDA BN TAMBUN SEMAKIN MANTAP!

Hujan lebat membasahi petang khamis. Hampir setiap hari hujan lebat turun umpama 'iklan' petanda awal musim tengkujuh. Setakat ini dalam Parlimen Tambun tiada laporan tentang banjir maupun banjir kilat. Pemuda BN Tambun telah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Alhamdulillah ini sikit sebanyak menunjukkan sistem saluran air dalam Parlimen Tambun berfungsi dengan amat baik sekali berkat pembangunan infrastruktur dalam Parlimen Tambun. Bersyukur pada Allah ternyata Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan II Dato' Seri Haji Husni Hanadzlah dengan cemerlangnya menjalankan amanah sebagai pemimpin utama Parlimen Tambun.

Pemuda BN Tambun amat bersyukur dan berbangga sekali dengan anugerah ini....


Suatu waktu ketika pada majlis bantuan mangsa ribut - Dato' Seri Hj Husni Hanadzlah, Mazlan Abd Rahman. 

Jangan kita lupa, kadangkala kejadian banjir atau banjir kilat boleh berlaku berpunca selain dari faktor alam, faktor manusia juga menyumbang punca kepada kejadian ini. Sikap buruk masyarakat yang suka membuang sampah sarap ke dalam sistem saluran air ditambah pula kelemahan pemimpin dalam merancang pembangunan infrastruktur pasti akan memburukkan keadaan. Parlimen Tambun diberkati Allah dengan masyarakat yang amat berdispilin tinggi dan pemimpinnya pula amat terpuji. 


Dengan kombinasi masyarakat dan pemimpin yang baik Parlimen Tambun pasti makmur dan terus maju! 


Lupakan sejenak perihal hujan dan banjir. Petang khamis juga menyaksikan Ketua Pemuda BN Tambun saudara Mazlan Abd Rahman bersama beberapa orang AJK Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Cawangan telah 'lepak-santai' minum petang sambil berbincang akan hal-ehwal pemuda akar umbi dalam Parlimen Tambun. Sikap prihatin yang ditunjukkan saudara Mazlan pada masalah hingga peringkat akar umbi ternyata amat baik sekali. Pelbagai perkara telah disentuh pada minum petang ini.

Dalam pada itu, dua wakil firma pelaburan dan insurans terkemuka negara juga sertai 'program' ini. Wakil firma telah nyatakan hasrat berminat jalin usahasama  dengan Pemuda UMNO Tambun dalam usaha memperkenalkan beberapa peluang kepada pemuda- pemuda dalam Parlimen Tambun yang pasti akan tingkatkan taraf ekonomi mereka.


Tekun mendengar penerangan wakil firma



Pemuda BN Tambun Memang Mantap! 
Sambil minum petang juga boleh daftar pemilih!!! 



Mazlan Abd Rahman terangkan erti perjuangan, semangat kental, agresif, jujur, amanah, bersyukur dan tanggungjawab.


Sesudah itu.......


Ini yang berlaku......rupanya kedua wakil tersebut tidak pernah mengundi apatah lagi berdaftar sebagai pengundi dengan pihak SPR akibat dari kesibukan dan bebanan kerjaya.....mereka bersyukur dan ucapkan terima kasih pada Pemuda BN Tambun terutama kepada saudara Mazlan Abd Rahman kerana menyedarkan mereka tentang kepentingan daftar pemilih SPR dan memudahkan urusan pendaftaran.


Sedang mengisi borang daftar SPR, menyatakan  faktor masa dan beban tugas sebagai  punca tidak pernah mengundi.


Syabas Pemuda BN Tambun.....Mantap! Mantap!

No comments:

Post a Comment