Saturday, November 27, 2010

Pemuda UMNO Tambun Kini Lebih Interaktif

Hanya jauhari mengenal manikam. Disember yang akan tiba menyaksikan musim tengkujuh bakal melanda Pantai Barat Semenanjung. Dan Lembah Kinta juga turut akan berhadapan dengan kes-kes banjir kilat. Sayugianya Pemuda UMNO Tambun akan lebih prihatin dalam kerja-kerja membantu mangsa banjir sekiranya ada kelak.

Demikian juga politik negara yang panas-panas suam. Nampaknya kini BN Perak semakin bertenaga. Ini adalah zaman untuk kita menyerang. Demikianlah sepertimana yang dinyatakan oleh Sdr Mazlan bin Abd Rahman, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun.

Dalam mendekati golongan muda dalam Parlimen Tambun, Pemuda UMNO Tambun melakukan kaedah pasaran aggresif iaitu pergi terus ke akar umbi dan bukan lagi dalam metode yang lama menunggu di kaunter pendaftaran.

Semalam iaitu Hari Jumaat, 26 November 2010 Pemuda UMNO Tambun telah selesai melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Siri 8. Banyak perkara diperbincangkan dan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi kehendak masyarakat muda di Parlimen Tambun.

Mazlan sedang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Tambun Siri 8
Mesyuarat Jawatankuasa juga menyaksikan ianya dilaksanakan dengan penuh interaktif. Banyak idea dan cadangan dilontarkan oleh ahli mesyuarat yang hadir. Antara program yang akan diadakan ialah Program Kembara Masjid Pemuda UMNO Tambun.
Sidang mesyuarat yang interaktif dan responsif
Mesyuarat juga telah bersetuju untuk menjayakan suatu program yang dinamakan Kursus Latihan Usahawan yang bertujuan melahirkan usahawan muda di kalangan pengundi muda Parlimen Tambun.

Aggresif dan Interaktif adalah dua tonggak kepimpinan yang ditonjolkan oleh Sdr Mazlan. Sejak beliau meneraju kepimpinan Pemuda UMNO Tambun,  organisasi ini menjadi semakin bertenaga dan workaholic. Pemuda UMNO Tambun sedang memacu kuda perang. Mereka adalah tentera-tentera perjuangan barisan hadapan UMNO Bahagian Tambun di bawah kepimpinan hebat dan dinamik yang dibawa oleh YB Ketua Bahagian, Datuk Seri Haji Husni bin Hanadzlah. Teruskanlah usaha murni membela rakyat. Rakyat Didahulukan!

No comments:

Post a Comment