Tuesday, December 14, 2010

HEBAT! MARI SEMUA! KURSUS KEMAHIRAN & KEUSAHAWANAN PERCUMA DEMI RAKYAT DIDAHULUKAN.....!!!

TAWARAN KURSUS KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN


ANJURAN
PEMUDA UMNO TAMBUN DENGAN KERJASAMA PEHRDA

JENIS KURSUS
  1. PERSONAL BUILDING OPERATION MAINTENANCE
  2. PERSONAL PAINTING 
  3. PERSONAL LANDSCAPE
  4. PEMANDUAN BACK-HOE
TEMPOH KURSUS

5 HARI PRAKTIKAL / 1 HARI TEORI
* PERCUMA KAD HIJAU CIDB

ELAUN DISEDIAKAN

SEBARANG MAKLUM BALAS SILA HUBUNGI -

1. KHIR GHAZALI ( SETIAUSAHA PEMUDA UMNO TAMBUN )
    019 511 6767

2. MOHD ZABIDI RAZALLI ( PENGERUSI BIRO PEMBANGUNAN EKONOMI )
    019 511 5411

RAKYAT DIDAHULUKAN! SEMUA FREEEE........YANG BERMINAT......TIADA SYARAT!

CEPAT REBUT PELUANG! SIAPA CEPAT DIA DAPAT! 


                     

Saturday, December 11, 2010

PEMUDA BN TAMBUN MAJU TERUS MAJU BERKHIDMAT!!! 1MALAYSIA...RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Kisah Pemuda kali ini.......


Setinggi syabas kepada Ketua Pemuda BN / UMNO Tambun Saudara Mazlan Abd Rahman atas sebab yang dibawah ini.....










Khabarnya pihak media amat tertarik sekali dengan dengan corak aktiviti Pemuda dibawah kepimpinan Saudara Mazlan Abd Rahman. Pihak media seakan memberi pengiktirafan akan segala penat lelah Pemuda yang tidak jemu ikhlas berkhidmat dan mendekati masyarakat terutama golongan muda dalam Parlimen Tambun. Diharapkan ini akan menjadikan Pemuda BN Tambun terus bersemangat untuk berbakti tanpa jemu.


Pencapaian diutamakan......






SKUAD PEMUDA BN TAMBUN SEDIA BERBAKTI 1MALAYSIA


Malam tadi telah berlangsung taklimat berkenaan Skuad Pemuda BN Tambun di Pejabat UMNO Bahagian Tambun. Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pemuda BN / UMNO Tambun Mazlan Abd Rahman dan Setiausaha Pemuda BN / UMNO Tambun saudara Khir Ghazali telah dihadiri oleh ketua pemuda parti komponen yang terdiri daripada MCA, MIC, Gerakan juga PPP dan juga ahli-ahli pemuda parti komponen Barisan Nasional Parlimen Tambun.
















Selesai sesi taklimat Skuad Pemuda BN Tambun telah diadakan pula mesyuarat Pemuda BN Tambun.....












Pemuda BN Tambun sedang menyusun strategi yang lebih ampuh dalam berbakti menjadi pembela utama masyarakat khususnya golongan muda dalam Parlimen Tambun.


Rakyat tetap didahulukan....




TAKLIMAT PROGRAM KEUSAHAWANAN


Sehari sebelum itu ditempat dan waktu yang yang sama Pemuda UMNO Tambun telah berjaya mengadakan Taklimat Program Keusahawanan. Taklimat telah dijayakan bersama oleh pihak PEHRDA. Ini merupakan program yang pertama kali dianjurkan dengan kerjasama PERHDA di dalam mana-mana Pergerakan Pemuda di Negeri Perak. Ternyata Pemuda BN / UMNO Tambun terus maju ke hadapan!


Sebarang maklumat tentang taklimat ini akan di war-warkan sedikit masa lagi.













Pemuda BN Tambun....
1Malaysia..Rakyat Didahulukan..Pencapaian Diutamakan!

Monday, December 6, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432H DARI PEMUDA BN TAMBUN



" BERSAMA HAYATI ERTI HIJRAH "


SEKADAR RENUNGAN ......


MAAL HIJRAH BERMAKSUD 'BERSAMA BERHIJRAH'  ATAU ' BERSAMA HAYATI HIJRAH '


SABDA BAGINDA S.A.W. MAKSUDNYA :


" ORANG YANG SEMPURNA ISLAMNYA IALAH ORANG YANG MENYELAMATKAN ORANG ISLAM YANG LAIN DARI GANGGUAN LIDAHNYA SERTA  TANGANNYA DAN ORANG YANG BERHIJRAH SEBENARNYA IALAH ORANG YANG MENINGGALKAN APA YANG DILARANG ALLAH " 


( HADIS RIWAYAT BUKHARI )

Friday, December 3, 2010

KISAH PETANG KHAMIS - PEMUDA BN TAMBUN SEMAKIN MANTAP!

Hujan lebat membasahi petang khamis. Hampir setiap hari hujan lebat turun umpama 'iklan' petanda awal musim tengkujuh. Setakat ini dalam Parlimen Tambun tiada laporan tentang banjir maupun banjir kilat. Pemuda BN Tambun telah bersedia untuk sebarang kemungkinan. Alhamdulillah ini sikit sebanyak menunjukkan sistem saluran air dalam Parlimen Tambun berfungsi dengan amat baik sekali berkat pembangunan infrastruktur dalam Parlimen Tambun. Bersyukur pada Allah ternyata Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan II Dato' Seri Haji Husni Hanadzlah dengan cemerlangnya menjalankan amanah sebagai pemimpin utama Parlimen Tambun.

Pemuda BN Tambun amat bersyukur dan berbangga sekali dengan anugerah ini....


Suatu waktu ketika pada majlis bantuan mangsa ribut - Dato' Seri Hj Husni Hanadzlah, Mazlan Abd Rahman. 

Jangan kita lupa, kadangkala kejadian banjir atau banjir kilat boleh berlaku berpunca selain dari faktor alam, faktor manusia juga menyumbang punca kepada kejadian ini. Sikap buruk masyarakat yang suka membuang sampah sarap ke dalam sistem saluran air ditambah pula kelemahan pemimpin dalam merancang pembangunan infrastruktur pasti akan memburukkan keadaan. Parlimen Tambun diberkati Allah dengan masyarakat yang amat berdispilin tinggi dan pemimpinnya pula amat terpuji. 


Dengan kombinasi masyarakat dan pemimpin yang baik Parlimen Tambun pasti makmur dan terus maju! 


Lupakan sejenak perihal hujan dan banjir. Petang khamis juga menyaksikan Ketua Pemuda BN Tambun saudara Mazlan Abd Rahman bersama beberapa orang AJK Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Cawangan telah 'lepak-santai' minum petang sambil berbincang akan hal-ehwal pemuda akar umbi dalam Parlimen Tambun. Sikap prihatin yang ditunjukkan saudara Mazlan pada masalah hingga peringkat akar umbi ternyata amat baik sekali. Pelbagai perkara telah disentuh pada minum petang ini.

Dalam pada itu, dua wakil firma pelaburan dan insurans terkemuka negara juga sertai 'program' ini. Wakil firma telah nyatakan hasrat berminat jalin usahasama  dengan Pemuda UMNO Tambun dalam usaha memperkenalkan beberapa peluang kepada pemuda- pemuda dalam Parlimen Tambun yang pasti akan tingkatkan taraf ekonomi mereka.


Tekun mendengar penerangan wakil firma



Pemuda BN Tambun Memang Mantap! 
Sambil minum petang juga boleh daftar pemilih!!! 



Mazlan Abd Rahman terangkan erti perjuangan, semangat kental, agresif, jujur, amanah, bersyukur dan tanggungjawab.


Sesudah itu.......


Ini yang berlaku......rupanya kedua wakil tersebut tidak pernah mengundi apatah lagi berdaftar sebagai pengundi dengan pihak SPR akibat dari kesibukan dan bebanan kerjaya.....mereka bersyukur dan ucapkan terima kasih pada Pemuda BN Tambun terutama kepada saudara Mazlan Abd Rahman kerana menyedarkan mereka tentang kepentingan daftar pemilih SPR dan memudahkan urusan pendaftaran.


Sedang mengisi borang daftar SPR, menyatakan  faktor masa dan beban tugas sebagai  punca tidak pernah mengundi.


Syabas Pemuda BN Tambun.....Mantap! Mantap!

Thursday, December 2, 2010

MASUK UNIVERSITI DENGAN PERCUMA - PEMUDA BN TAMBUN SENTIASA TURUN PADANG




Hasil gerak kerja agresif Pemuda BN Tambun pimpinan Saudara Mazlan Abd Rahman satu inisiatif telah terjalin diantara Pemuda BN Tambun dan pihak Giat Mara Tambun. Sebagai langkah permulaan Pemuda BN Tambun akan lipat gandakan usaha turun padang mengenal pasti golongan muda  dalam Parlimen Tambun yang kurang berkemampuan, tercicir pelajaran dan sesiapa yang berminat melanjutkan pelajaran untuk diberikan peluang belajar dalam bidang teknikal  di Giat Mara Tambun. Apa yang menarik adalah lepasan pelajar Giat Mara Tambun boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di UNiKL atau IKM. 

Ayuh anak- anak muda dalam Parlimen Tambun....belajar FREE dapat ELAUN lagi....

Rebut peluang keemasan ini!!!


PENGAMBILAN SESI JANUARI 2011


KURSUS TEKNOLOGI MOTOSIKAL : 6 Bulan

KURSUS PENDAWAI ELEKTRIK : 24 Bulan

KURSUS INDUSTRIAL MAINTENANCE : 12 Bulan

Syarat- syarat mudah ::

- Warganegara Malaysia Bumiputera
- Boleh Membaca & Menulis
- Ada Minat
- Sihat Tubuh Badan
- Umur 15 Tahun Keatas
- Elaun RM 200.00 sebulan


Faedah Lain ::

- Peluang lanjut pelajaran ke UNiKL atau IKM
- Bimbingan menjadi usahawan 
- Kursus yang diiktiraf



BARU!

PROGRAM PERANTISAN

- LATIHAN SAMBIL BEKERJA
- UMUR 15- 20 TAHUN
- TEMPOH LATIHAN 6 BULAN
- ELAUN BULANAN - RM 200.00


MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :

KHIR GHAZALI - 019 511 6767
 - Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun-