Monday, November 29, 2010

Rakyat Didahulukan...Pemuda BN Tambun Tiada Cuti Pada Hujung Minggu!


Hari ini hari Ahad,
Esok pasti Isnin menjelma,
Hari ini kita berehat,
Esok pasti mula bekerja...

Namun pantun diatas tiadalah maknanya buat Pemuda BN Tambun. Hari minggu hari yang enak beristirehat di rumah mau pun beriadah ke mana saja tetapi ini semua tiada dalam kamus Pemuda BN Tambun.

Tiada istilah berehat pada hujung minggu! Waktu pagi minggu Pemuda BN Tambun dimulakan dengan bersarapan bersama En Rahman B Ahmad Ketua Kg Melayu Bt 8 di warung Kg Melayu Bt 8 Ulu Kinta dalam Parlimen Tambun.
Ketua Pemuda UMNO Tambun saudara Mazlan Abd Rahman mengetuai pertemuan ini yang berlangsung dengan suasana santai bagi mengenal pasti sebarang masalah dan perkara berbangkit yang melibatkan kepentingan hal ehwal masyarakat setempat.

Bersama Ketua Kg Melayu Bt 8
Pada sekitar jam 11 pagi pula pertemuan bersama dengan pihak Giat Mara Parlimen Tambun yang telah diaturkan beberapa hari awal telah berlangsung. 

Pengurus  Giat Mara Parlimen Tambun  En Mohd Salleh Ujang menyambut mesra ketibaan Pemuda BN Tambun. Beliau amat berbesar hati dan ceria menerima kunjungan pihak Pemuda BN Tambun. 

Pelbagai perkara dibincangkan antaranya mengenai bentuk tawaran melanjutkan pelajaran oleh Giat Mara dan bentuk kerjasama yang boleh dibuat diantara kedua belah pihak dan lain-lain. 

Bergambar kenangan dari kiri Hairul Bukhari, Mazlan Abd Rahman, Mohd Salleh Ujang, Khir Ghazali
Ulasan spontan Brader Lan sesudah pertemuan ini -Brader Lan adalah panggilan mesra Ketua Pemuda UMNO Tambun dikalangan ahli Pemuda- 

" Masih ramai terutama golongan muda kurang mendapat maklumat mengenai  manfaat dan peluang yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dan betapa ruginya jika peluang yang ditawarkan tidak direbut ..menjadi tanggunjawab kita menyebarkan maklumat peluang-peluang ini!cari anak-anak muda miskin..hidup susah..keluarga susah..anak yatim...golongan memerlukan..golongan muda tercicir...siapa saja mereka...dapatkan mereka..!"

Pemuda BN Tambun agresif membantu terus ke akar umbi!


Dari Allah kita datang....Pada Allah kita kembali....

Salam takziah buat keluarga allahyarham Mohd Adli B Junid dari Kg Pekan Lama Tg Rambutan. Dalam kesibukan hari minggu turun padang mendekati akar umbi dan mengenal pasti sebarang masalah pemuda dalam Parlimen Tambun Ketua Pemuda UMNO Tambun yang ditemani Setiausaha Pemuda Bahagian Khir Ghazali bersama Exco Pemuda Hairul Bukhari sempat singgah menziarah ke rumah arwah Mohd Adli menyampaikan salam takziah dan sumbangan peribadi. 

Allahyarham berumur 42 tahun merupakan bekas ahli Pemuda UMNO Tambun yang aktif berjuang diperingkat akar umbi. Turut kelihatan di rumah keluarga Allahyarham  yang dipenuhi oleh saudara-mara dan penduduk setempat adalah Dato' Rusnah Kassim Adun Ulu Kinta, Setiausaha UMNO Bahagian Clr.Tn Haji Nasir dan juga beberapa 'orang kuat' UMNO Tambun.

Gambar 'candid' Ketua Pemuda BN Tambun bersama Adun Ulu Kinta  Dato Rusnah Kassim ketika bertemu waris arwah 
Harimau  mati tinggalkan belang...Manusia mati tinggalkan nama....

Al Fatihat buat allahyarham Mohd Adli...semoga roh mu dicucuri rahmat Yang Maha Esa..amin.

Rezeki jangan ditolak...

Jemputan kenduri doa selamat cukur jambul cucu Hj Mohd Safri di Kg Batu 6 dipenuhi. Bergegas pula ke rumah Tn Haji Safri yang juga merupakan Pegawai Perhubungan Awam Parlimen Tambun.    
Kenduri doa selamat di Kg Batu 6
Sebelah petang hari minggu pula saudara Mazlan Abd Rahman sempat memenuhi temujanji bersama wartawan Berita Harian bagi satu temubual eksklusif beliau. Pihak media amat tertarik sekali dengan corak kepimpinan yang bawakan oleh saudara Mazlan Abd Rahman dalam menerajui Pemuda BN Tambun amnya dan Pemuda UMNO Tambun khususnya lantas diadakan temubual eksklusif ini.

Syabas Brader Lan!

Temubual eksklusif Berita Harian bersama Mazlan Abd Rahman. Turut kelihatan Khir Ghazali.
Bersama kita nantikan keluaran terbitan temubual eksklusif pemimpin muda yang amat berdedikasi dan bertanggungjawab ini.  

"Pemimpin muda harus buang rasa ego, jangan ada sikap angkuh, bijak memahami, bertanggungjawab jujur amanah jalankan sesuatu..."- Mazlan Abd Rahman, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun.


AGRESIF DAN INTERAKTIF.

RAKYAT DIDAHULUKAN.

PEMUDA BN TAMBUN MAJU KE HADAPAN!!! 

Saturday, November 27, 2010

Pemuda UMNO Tambun Kini Lebih Interaktif

Hanya jauhari mengenal manikam. Disember yang akan tiba menyaksikan musim tengkujuh bakal melanda Pantai Barat Semenanjung. Dan Lembah Kinta juga turut akan berhadapan dengan kes-kes banjir kilat. Sayugianya Pemuda UMNO Tambun akan lebih prihatin dalam kerja-kerja membantu mangsa banjir sekiranya ada kelak.

Demikian juga politik negara yang panas-panas suam. Nampaknya kini BN Perak semakin bertenaga. Ini adalah zaman untuk kita menyerang. Demikianlah sepertimana yang dinyatakan oleh Sdr Mazlan bin Abd Rahman, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun.

Dalam mendekati golongan muda dalam Parlimen Tambun, Pemuda UMNO Tambun melakukan kaedah pasaran aggresif iaitu pergi terus ke akar umbi dan bukan lagi dalam metode yang lama menunggu di kaunter pendaftaran.

Semalam iaitu Hari Jumaat, 26 November 2010 Pemuda UMNO Tambun telah selesai melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Siri 8. Banyak perkara diperbincangkan dan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi kehendak masyarakat muda di Parlimen Tambun.

Mazlan sedang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Tambun Siri 8
Mesyuarat Jawatankuasa juga menyaksikan ianya dilaksanakan dengan penuh interaktif. Banyak idea dan cadangan dilontarkan oleh ahli mesyuarat yang hadir. Antara program yang akan diadakan ialah Program Kembara Masjid Pemuda UMNO Tambun.
Sidang mesyuarat yang interaktif dan responsif
Mesyuarat juga telah bersetuju untuk menjayakan suatu program yang dinamakan Kursus Latihan Usahawan yang bertujuan melahirkan usahawan muda di kalangan pengundi muda Parlimen Tambun.

Aggresif dan Interaktif adalah dua tonggak kepimpinan yang ditonjolkan oleh Sdr Mazlan. Sejak beliau meneraju kepimpinan Pemuda UMNO Tambun,  organisasi ini menjadi semakin bertenaga dan workaholic. Pemuda UMNO Tambun sedang memacu kuda perang. Mereka adalah tentera-tentera perjuangan barisan hadapan UMNO Bahagian Tambun di bawah kepimpinan hebat dan dinamik yang dibawa oleh YB Ketua Bahagian, Datuk Seri Haji Husni bin Hanadzlah. Teruskanlah usaha murni membela rakyat. Rakyat Didahulukan!

Friday, November 26, 2010